Monday, March 24, 2008

kan dah malu..

Seorang tua itu pernah dimalukan.. Pernah diketepikan.. Di nafikan hak nya.. Orang tua itu hanya bersabar dan mendiamkan diri..Anak-anak orang tua itu kekadang tidak dapat menahan rase marah.. Orang tua tu selalu pesan ngan anak-anak nye supaya bersabor.. 'banyak hikmahnya' kata orang tua itu
Bukan sekali orang tua itu terdengar orang mengatakan dia mengambil hak orang lain. Malah cite itu dijaja disekeliling kampung. Ade sekali tu hak orang tua itu hendak diambik secara tidak profesional, tidak mengikut undang-undang, tidak mengikut procedure. Tapi anak-anak orang tua itu mempunyai sedikit ilmu. Ilmu yang dapat menjaga diri. Ilmu yang berguna..Diterangkan kepada orang tua itu tentang undang-undang. Orang tua itu pon bukannye jenis angguk aje.. Cume orang tua itu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.
Pernah terkeluar ayat 'Seinci pon aku takkan bagi'. 'Dia cakap dekat sini tempatnya'. dan bermacam-macam lagi ayat yang menyakitkan hati. Tapi hari tu datang seseorang yang pakar dalam bab-bab mengukur, dan dia telah mengukur mengikut undang-undang. Dan hasilnya memeranjatkan org yang cube merampas hak orang tua itu dan juga orang yang pernah mengenepikan hak orang tua itu. Lantas orang tua itu berkata 'Puas hati? camne skang? aku nak tanda kawasan aku, lepas nih sorang pon jangan ungkit'. Orang tua itu tersenyum. Keluarganya juga tersenyum. Anak orang tua itu terus mencadangkan pade orang tua itu sepaya menanda ngan batu, besi atau buat parit.
Baru tau langit itu tinggi ker rendah. Biase ler pasal tanah, adik beradik pon boleh gaduh.... hehehehhehe

Tuesday, March 11, 2008

punca kelahiran parti bulan

PERSIDANGAN PERTAMA ALIM ULAMAK SEMALAYA SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

Dalam perkembangan sejarah negara ini, peranan para Ulamak cukup besar sekali, kemampuan mereka membuat tafsiran dan menyelesaikan permasalahan semasa telah banyak membawa kepada kemajuan negara. Dengan tahap kefahaman ilmu yang mendalam inilah yang telah membawa golongan ini mampu menyelesaikan masalah di dalam masyarakat.
Pada hari ini 21.2.1950 buat pertama kalinya Persidangan Alim Ulamak Semalaya selepas Perang Dunia Kedua telah diadakana di Muar, Johor. Persidangan ini telah dianjurkan oleh UMNO Malaya dengan kerjasama UMNO bahagian Muar dan Tangkak dan Jemaah Pengembangan Agama, Muar. Seramai 46 orang para perwakilan alim ulamak dari seluruh Malaya dan Singapaura kecuali Pahang, turut hadir ialah 300 orang pemerhati. Persidangan ini telah berjalan selama dua hari.

Persidangan ini telah dibuka oleh Pengerusi Mesyuarat Agong UMNO, Tuan Syed Abdul Kadir Muhamed, beliau mewakili Yang Dipertua Agong UMNO Malaya Dato' Onn Jaafar.

Dalam ucapan pembukaan, Tuan Syed Abdul Kadir menyatakan persidangan ini memainkan peranan yang penting dalam usaha mencari jalan menjaga kebajikan umat Islam di Malaya. Islam bukan sahaja satu pegangan atau kepercayaan semata-mata bahkan ianya suatu kuasa yang sangat kuat yang berdasarkan kebenaran dan hak. Dengan mengamalkan ajaran Islam yang sempurna, Umat Islam di masa yang lalu telah mencapai kemajuan yang sungguh berkesan dan telah membentuk perjalanan sejarah dunia.

Di antara perkara-perkara yang telah dipersetujui di dalam persidangan ini berkaitan dengan permasalahan mengerjakan Haji dan pendidikan tinggi dalam aliran agama di negara ini.


ini ler punca lahirnya parti bulan