Thursday, August 21, 2008

Tawaran biasiswa

Kawan aku kat Jabatan Putar Alam cakap ade tawaran biasiswa utk rakyat melesia. Ni maklumat tentang tawaran tu

Jabatan Putar Alam ingin memberikan biasiswa kepade pemuda pemudi yang berketurunan bangse yang ajaib yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang diploma kejuruteraan awam di Graber International, California dan ape-ape bidang dalam kursus PhD di Edison University of Technology dalam pengajian luar kampus. Pemohon-pemohon mesti/wajib/kene memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

1. Pelajar IPTA/S yang kene tendang.
2. Repeat paper sebanyak 8 kali.. diulang 8 kali..
3. Bermuke kenyor.
4. Mempunyai otak yang pengor.
5. Membela sesumpah atau sumpah-sumpah atau sumpah sumpit atau yg same species ngan dia, cam mengkarong (haiwan tu mesti berasal dr melesia). Chameleon dan iguana tidak diterime kerna bukan berasal dari melesia. Ia mesti di test oleh pakar dna untuk mengesahkan haiwan tersebut berasal dr melesia. Jgn buat ujian dna sendiri sebab dna itu akan expired dalam mase 10 jam. (pakar dna yang cakap)
6. Pemohon pemohon hendak lah berjumpe ngan menteri di Jabatan Putar Alam, Sile amek gambor 3 keping dan berlainan tarikh untuk menunjukkan bukti.
7. Sile kepilkan sekali sijil upsr.. Pengesahan sijil mesti dibuat selepas borang diserahkan. Diulang sekali lagi selepas borang diserahkan.
8. Borang-borang yang telah siap diisik mesti diserahkan kepada Jabatan Putar Alam.Bagi pemohon pemohon yang diterima mereka dikehendaki bersumpah di mesjid (tgn kiri kene pegang quran dan tangan kanan kene pegang text sumpah yg disediakan) untuk membuktikan maklumat yang diberikan itu adelah benor same sekali. Akuan sumpah itu mesti dibuat di hadapan jurunikah yang bertauliah, yang ade friendster dan suke dengor lagu linkin park.. juru nikah itu jugak mesti ler jurunikah yang baru diupgrade menjadik imam.. ketike hari bersumpah.. pemohon dikehendaki memakai baju melayu cekak musang, bersampin songket dan bersongkok baldu cap SOB yg mempunyai ketinggian 12 inci dan mesti ditemani bapak nyer.. kalo bapak takde.. bapak sedare pon boleh..

Cepat.. mohon ler sebelum terlambat..
sekian terima kasih..

3 comments:

Anonymous said...

haha tersurat n tersirat nih bang...=)

blackpurple @ jowopinter said...

Ha ha ha!

Anonymous said...

jurunikah yang bertauliah, yang ade facebook tak bole ke ? Kah..kah..kah!