Wednesday, April 23, 2008

cite pasal mak

tadi aku dapat satu sms... isi sms tu pendek jek '*** (panggilan diri aku dalam keluarga) apa kabar' sms tu aku terima dari abah aku.. aik.. abah dah tau hantor sms.. kate aku dalam hati...
abah pakai henset takde ler lame sangat.. baru 2 3 tahun.. tu pon sebab terpakse.. ye ler abah selalu takde kat umah.. kengkadang tipon umah tak berangkat.. memula abah pakai henset... semua bende ditanya... anak-anak ler yg tukang ngajo... camne nak dail.. nak jawab talipon.. dll kire abah ikut gak ler teknologi nih..
tapi mak langsung tak tau nak gune henset... yang mak tau hanya tekan butang menjawab ajerk.. bukan itu aje.. mak tak tau nak gune talipon umah.. kalo nak talipon sedare mare.. abah atau anak-anak yg tukang dailkan.. mak hanya cakap ajerk..
dulu mase tv hitam putih.. mak tau bukak tv.. pastu tuko tv kaler yg tekan tekan.. mak tau gune gak... tapi bile pakai tv yg pakai remote.. mak jadik kalut..tak tau gune.. lame ler gak mak tak tau nak onkan tv.. tapi bile abah ajor baru mak memberanikan diri gune remote..
tu lah mak aku.. dia takut nak gune barang letrik yg dia tak bese gune.. ade ler beberape barang lektrik yg mak tak pernah guna.. anak-anak yg bagi.. tapi bese arr wat perhiasan.. mungkin barang-barang tu mak tak perlukan sangat..mak hanya gune kan barang yg diperlukan sahaja. mungkin teknologi ni tak penting bagi mak. seorang surirumah yang tidak berpelajaran tinggi dan dah berumur tidak memerlukan teknologi yang tinggi untuk meneruskan hidup
bior ler hanya anak-anak dan cucu-cucu dia yang tau..




mak, abah dan adik aku

mat indera


mat indera duduk di depan budak yg senyum




nama penuh: ahmad bin indera, berdarah pahlawan daripada keturunan datuk bentara husin lela pahlaan siak seri inderapura yang menjadi panglima kanan sultan sharif di siak.

memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.

seorang hafiz al-quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. berguru kepada kiayi haji fadzil bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat dymm sultan ibrahim

dilahirkan pada 1920 di kampung gombak, peserai, batu pahat.

menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di parit setongkat, muar.
melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan inggeris

menjadi ahli sayap pemuda parti kebangsaan melayu malaya (PKMM) yang dipimpin dr burhanuddin al-helmy dan ishak haji mohammad, dikenali sebagai angkatan pemuda insaf (API), atau dikenali sebagai angkatan pembunuh inggeris oleh golongan pemuda fanatik

mat indera telah masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan indonesia menentang belanda, dan bergerak di daerah muar, sekitar kawasan lenga, pagoh, jorak, bukit kepong dan poris. satu2nya gerila di hutan ialah kumpulan orang2 cina dikenali sebagai bintang tiga. nak taknak mat indera perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza, lalu mat indera dicop sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama.mat indera menjadi ketua komunis melayu bagi daerah muar,batu pahat dan melaka.

dikaitkan dengan peristiwa serangan balai polis bukit kepong. sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama abu bakar yang terselamat dalam serangan, mat indera tidak menyerang, sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis. mat indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam tahun baru cina, sebaliknya orang2 cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.

inggeris ambil kesempatan untuk mengukuhkan dakwaan keganasan mat indera, lalu menawarkan $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. mat indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan. namun salah seorang pengikutnya bergelar mat tukyo telah ditangkap inggeris dan dipujuk utk menangkap mat indera. mat tukyo berunding dengan 2 org lagi bernama beladang dan misban. bersetuju menerima tawaran setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh inggeris.

pada malam 14 oktober 1952, mat indera diajak ke sebuah perjumpaan di kampung seri medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, menyebabkan rasa ngantuk dan mabuk, maka segala tangkal dicabut dan beliau ditewaskan. tangan diikat dgn lalang dan dibawa ke balai polis seri medan. dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebal.

mat indera dipamerkan. ada yang suka, ada yang sedih. beliau dipenjarakan di beberapa tempat, dari batu pahat ke johor bahru, pulau pinang, pudu dan taiping. dalam penjara didera. akhirnya hukuman gantung sampai mati dilaksanakan pada jam 11 malam 30 januari 1953 di penjara taiping. keesokan hari, dikebumikan di kampung jambu air, taiping.

antara cerita lain tentang mat indera
menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis
chin peng mengatakan sekiranya mat indera menyerah diri ketika itu, ramai melayu yang menyertai komunis akan mengikut jejaknya jugak.
adik mat indera mengatakan bukan mat indera yang mengetuai serangan balai polis bukit kepong
cerita orang
kali pertama kene tangkap, dia cakap nak semayang, mase amek air semayang dia ghaib
kali kedua, dia mintak nak sentuh rumput sebelum kene hukum bunuh, mase dia sentuh jer, dia terus ghaib
kali ketiga kene ngan buah kecubung

Friday, April 4, 2008

Cite-cite

dulu cikgu soh isi 3 cite-cite dalam satu borang (ntah ape name borang tu)
ni cite-cite aku dari darjah 1 sampai 6
1. doktor
2. jurutera
3. arkitek

bile masuk sekolah menengah dari form 1 sampai form 3
1. doktor
2. jurutera
3. arkitek

dah berubah masih gak same... ishh bebetul punya cite-cite nih.. kalo jadik doktor best gak.. dalam keluarga atuk aku pon lom ade yang jadik doktor heheheh

pastu masuk form 4.. cite-cite dah berubah.. tengok kengkawan semua cite-cite lebih kurang.. doktor, jurutera, arkitek, pensyarah dan lenglain cite-cite yang gempak dan best. Nasib baik ler takde yang letak nak jadik PM.. kalo tak dah ade dah kroni aku skang.. kekekekek Jadi mase form 4 tu ler aku pon merubah cite-cite. Aku pon tak ingat ape cite-cite aku mase tu.

Tapi yang nih adelah cite-cite salah sorang kawan aku
1. pemandu keretapi
2. pemandu bas
3. pemandu teksi

dan hasil dari ape yang kawan aku tulis tu.. dia dapat hadiah diri atas kosi selame setengah jam. Hehehehehhe

Skang nih aku rase kije aku takde pon dalam cite-cite aku.. tapi takpe janji aku dah jadik manusia..