Hari nih hari last 2007... Ni kalendar omputeh...Kalendar orang islam bape haribulan yek? Ermm tak tau lak aku.. Dulu mase sekolah aku selalu tulis kalendar islam kat buku.Tapi skang.... nak tau tarikh hijrah kene tengok kalendar kuda. Buku catatan peribadi yang dibagi oleh syarikat tempat aku bekerja pon takde kalendar hijrah.
Dulu sebelum tahun 2000 aku rase takde pon bebudak lepak kat tanjung emas reramai nak sambut tahun baru.. Tapi sejak menyambut tahun Y2K, setiap tahun bebudak berderet deret kat tanjung tu.. dengan budak kete, budak moto, budak beskal... semua ade. Sebelum 2000 yang selalu bebudak sambut adelah malam merdeka jerk.. Skang nih sambut tahun baru dah macam jadik aktiviti wajib
Dulu mase kekecik, bile tibe hari pertama tahun baru aku tak rase ape ape..
tapi skang dalam kepala mesti terpikir 'ishh! umor dah berubah, tambah lagi 1 tahun'Umor itu hanya angka..
Aku harap ape yang dah aku buat, ape yang dah aku lalui akan menjadikan aku salah sorang manusia yang berguna, seorang anak yang soleh, seorang suami yang mithali, seorang bapak yang bertanggungjawab dan bermacam lagi seseorang.
Bermacam rancangan telah aku buat sepanjang tahun 2007. Tapi biase lah.. kite hanya mampu merancang, hanya tuhan yang menentukan. Walaubagaimanapun usaha dalam melakukan rancangan tersebut telah pon aku buat... Tak kisah ler jadik ke idak.. Aku berharap aku dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik. Untuk 2008 telah aku sediakan beberapa rancangan. Rancangan untuk diri aku dan keluarga.
Rancangan ni banyak datang dari angan-angan. Tapi dari angan-angan tu ia menjadi cite-cite. Dari cite-cite aku harap ia akan menjadik kenyataan. Insyaallah
Selamat tinggal 2007 selamat datang 2008.
Time II
15 hours ago
3 comments:
jadikan ia satu kenyataan...
Semoga 2008 ini lebih baik dan lebi cemerlang berbanding tahun-tahun lepas, untuk diri kita, keluarga kita, bangsa kita dan MUOR kita. InsyaAllah.
semoga apa yang dirancang itu menjadi kenyataan Muor... :D
Post a Comment