PERSIDANGAN PERTAMA ALIM ULAMAK SEMALAYA SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA
Dalam perkembangan sejarah negara ini, peranan para Ulamak cukup besar sekali, kemampuan mereka membuat tafsiran dan menyelesaikan permasalahan semasa telah banyak membawa kepada kemajuan negara. Dengan tahap kefahaman ilmu yang mendalam inilah yang telah membawa golongan ini mampu menyelesaikan masalah di dalam masyarakat.
Pada hari ini 21.2.1950 buat pertama kalinya Persidangan Alim Ulamak Semalaya selepas Perang Dunia Kedua telah diadakana di Muar, Johor. Persidangan ini telah dianjurkan oleh UMNO Malaya dengan kerjasama UMNO bahagian Muar dan Tangkak dan Jemaah Pengembangan Agama, Muar. Seramai 46 orang para perwakilan alim ulamak dari seluruh Malaya dan Singapaura kecuali Pahang, turut hadir ialah 300 orang pemerhati. Persidangan ini telah berjalan selama dua hari.
Persidangan ini telah dibuka oleh Pengerusi Mesyuarat Agong UMNO, Tuan Syed Abdul Kadir Muhamed, beliau mewakili Yang Dipertua Agong UMNO Malaya Dato' Onn Jaafar.
Dalam ucapan pembukaan, Tuan Syed Abdul Kadir menyatakan persidangan ini memainkan peranan yang penting dalam usaha mencari jalan menjaga kebajikan umat Islam di Malaya. Islam bukan sahaja satu pegangan atau kepercayaan semata-mata bahkan ianya suatu kuasa yang sangat kuat yang berdasarkan kebenaran dan hak. Dengan mengamalkan ajaran Islam yang sempurna, Umat Islam di masa yang lalu telah mencapai kemajuan yang sungguh berkesan dan telah membentuk perjalanan sejarah dunia.
Di antara perkara-perkara yang telah dipersetujui di dalam persidangan ini berkaitan dengan permasalahan mengerjakan Haji dan pendidikan tinggi dalam aliran agama di negara ini.
ini ler punca lahirnya parti bulan
Time II
5 hours ago
1 comment:
Takbir!!!!!!!
Post a Comment