Monday, August 25, 2008

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Merdeka! merdeka kite... 31 ogos nih dah 51 tahun merdeka.. ade orang mengatekan mereka ler pejuang merdeka sebenornya.. ade orang mengatakan kelab mereka yang memperjuangkan kemerdekaan..
ermm tapi korang tau tak.. fakta.. slogan merdeka tu digunakan oleh PKMM..
Kengdian Kelab bangsa ajaib gunekan Merdheka.. erm pesal ejaan pelik benor..
mungkin nak sesuaikan ngan base melayu ketike itu..

Kelab bangsa ajaib tu tak mention lak pasal API, AWAS, PKMM, dll takde sejarah yg ditulis dlm buku sejarah atau sotkabor yang mengatakan mereka jugak pejuang kemerdekaan.. ni bebalik kelab bangsa ajaib tu... ermm nak sembunikan fakta kot.. supaya mereka disanjung oleh bebudak form 3 yang ade amek subjek sejarah..

Kengkadang perjuangan puak haluan kiri nih tak dijelaskan.. walau pon ade fakta.. bebalik mereka sanjung british dan jepun yang membunuh melayu, merompak rete negare, yang menggelarkan pejuang melayu itu pemberontak atau lanun..
Salah ker berjuang untuk tanah air?

Pelik aku.. pejuang dipanggil pemberontak.. pejuang dipanggil lanun..
Tapi kalo orang dari kelab bangse ajaib tu buat sesuatu.. perghhh dorang ler pejuang kemerdekaan, dorang ler yang menyatukan bangsa, dorang ler yang menghalo penjajah.. dan lenglain lagi ler..

korang rase patut ker fakta yang sebenornya dinyorok kan?

ermm sebut pade fakta lagik.. aku tanya beberape orang budak.. bile nama 'Malaysia' digunakan
ade yang jawab 31 ogos 1957.. dah salah dah.. mase tu persekutuan tanah melayu
dan ade yang jawab 16 September 1963.. tahun Sabah Serawak join persekutuan tanah melayu..
jawapan nih mungkin betul..
Tapi ade fakta yang mengatakan name malaysia digunakan lebih awal.. sebab ade duit syiling tahun 40an (zaman jepun kalo tak silap) dah guna name Malaysia.. dan ade professor yang dah tulis buku yang menggunakan name Malaysia pade tahun 1937 (kalo tak caye cube search perkataan nih '1937 Malaysia, a Study in Direct and Indirect Rule')

So aku harap.. sekirenya korang membace dari sotkabor dan berite yang dikawal oleh Kelab bangse yang ajaib nih.. carik ler jugak berite dari puak haluan kiri..

pe-pe hal Selamat Hari merdeka ke 51...

6 comments:

Anonymous said...

aku plak selalu baca citer nie melalui mastika je.. hang ade citer nak dikongsi ke?

blackpurple @ jowopinter said...

Sejarah kemerdekaan sekarang sesetengahnya dah diputar-belitkan. Menidakkan sumbangan yang tak sebulu dan sehaluan dengan 'mereka'. Itu-Lah masalahnya.

Rajuna said...

paling kelas. perjuangan menuntut kemerdekaan tanpa darah. ape kah?
hmm..renong-renongkan. selamat beramal!

NieZearm said...

fakta yg menarik untuk dikongsi bersama. dalam buku teks pun tak semestinya tepat. ada jugak fakta yang bole berubah. pelik tapi benar..

debu-papa said...

teringin aku nak nengok buku sejarah skang.. klu fakta dah disembunyi atau diubah.. korang gi sembrong pandai2 la cari worang tuhh.. hehe

Anonymous said...

ader 2 cara nak menang, satu lawan pakai senjata, satu lagi lawan diatas meja mesyuarat (perbincangan), tak bermakna kemenangan dengan cara perbincangan tidak diiktiraf... dan hanya dengan senjata dikira hero... jangan jadi hero yang dipergunakan....